BALING, 29 MAC: Seorang penunggang motosikal lelaki maut dilanggar bas kilang dalam kejadian di Jalan Merbau Pulas-Kuala Ketil, berhampiran sebuah stesen minyak dekat sini, malam tadi.
SEREMBAN, 27 MAC: Seorang lelaki maut selepas treler dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sebelum terbakar sepenuhnya dalam kemalangan di KM255 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di sini petang tadi.
PATTALUNG (Thailand), 24 MAC: Dua lelaki warga Malaysia maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan treler di Pattalung, Selatan Thailand pada petang Sabtu.
KOTA KINABALU, 24 MAC: Seorang bapa dan anak perempuannya berusia empat tahun maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda di Jalan Apin-Apin, Keningau, tengah malam tadi.
SUNGAI PETANI, 17 MAC: Pemandu bas ekspres maut selepas bas dipandunya terlibat kemalangan dengan treler di Kilometer (KM) 75.2 Lebuh Raya Utara Selatan di Gurun dekat sini, pagi ini.
GEORGE TOWN, 11 MAC: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki sengaja menyebabkan kemalangan kerana ingin mendapatkan ganti rugi dan video mengenai insiden itu tular sejak kelmarin.
JERANTUT, 9 MAC: Seorang pemandu lori balak maut digilis sebuah jentera berat selepas tergelincir dan jatuh dari kenderaannya semasa sedang mengikat kayu balak dalam kemalangan di Kilometer (KM) 26 Jalan Jerantut-Padang Piol di sini, semalam.
SHAH ALAM, 28 FEB: Seorang bayi berusia dua bulan terbunuh dalam nahas enam kenderaan di Kilometer 184 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, dekat sini, pagi semalam.
KUALA LUMPUR, 25 FEB: Tempoh reman terhadap lima lelaki yang disyaki memukul seorang lelaki hingga maut di Taman Pelangi Semenyih 2 dekat sini, Selasa lepas disambung empat hari lagi.
IPOH, 21 FEB: Seorang anggota tentera maut selepas terseret sejauh 100 meter dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 379 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Slim River, malam tadi.
GEORGE TOWN, 20 FEB: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditungganginya disyaki terbabas sendiri dan terlanggar pembahagi jalan ketika melalui Jalan Bukit Gambir, di sini, hari ini.
SEREMBAN, 19 FEB: Seorang wanita Orang Asli yang hamil empat bulan maut selepas motosikal dinaikinya berlanggar dengan van klinik pergigian di Kilometer 37.8 Seremban-Tampin, Pekan Kota di sini petang tadi.
KUALA LUMPUR 16 FEB: Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina yang dijalankan pada 8 hingga 13 Feb lepas mencatatkan penurunan kes kemalangan sebanyak 10 peratus atau 906 kes berbanding tahun lepas.
SEREMBAN, 14 FEB: Seorang warga emas maut manakala lima lagi cedera selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 1 Jalan Sungai Dua ke Air Kuning Selatan berhampiran Masjid Kg Sungai Dua, Tampin dekat sini semalam.
KUALA LUMPUR, 12 FEB: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang rosak di lorong kecemasan di Kilometer 415.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Lembah Beringin ke Bukit Tagar, Hulu Selangor, hari ini.
IPOH, 5 FEB: Seorang lagi pendatang tanpa izin yang lolos dari Depot Sementara Imigresen Bidor, Tapah, maut akibat kemalangan jalan raya malam tadi, kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
BANTING, 22 JAN: Wanita yang meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Banting-Dengkil di sini hari ini, sempat berpesan pada adik bongsunya supaya menjaga diri dan patuh kepada suami.
SHAH ALAM, 22 JAN: Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis di Kuala Langat pagi tadi.
TASEK GELUGOR, 21 JAN: Sebuah lori merempuh enam kenderaan lain yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Ara Kuda di sini semalam, dipercayai akibat kerosakan brek.
TAMPIN, 20 JAN: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya melanggar seekor babi hutan di kilometer 7.3 berhampiran Kampung Rokan dekat sini pada 7.30 pagi tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.